Monday, July 6, 2009

FILEM LASKAR PELANGI : TAYANGAN PERDANA DI MALAYSIA, UiTM KAMPUS PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM


Berita baik, tayangan perdana Laskar Pelangi buat pertama kalinya di Malaysia akan berlangsung di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam.

Hari : Khamis dan Jumaat
Tarikh : 9 dan 10 JULAI 2009
Pukul : 8.00 malam
Tempat : Studio Pancha Delima (DTS, DOLBY DIGITAL)
Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam.

MASUK PERCUMA!!!

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Towkey Panggung : 012-3618562
Minachi tukang jual kuaci dan kacang putih : 017-5061405
Projectionist : 012-9795542

Wednesday, June 17, 2009

1 year KOPTIAM KURANG KURANG MANIS

Pada 17 Jun 2009, filem pendek Kopitiam Kurang Manis terbitan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah mencecah setahun. Banyak pengalaman krew produksi berkongsi bersama, filem pendek ini telah memasuki beberapa tempat festival hanya dapat nominated as best short film dan best director..sehingga ada segelinitr pihak menggelarkan diri sang sutradara adalah Raja Pencalonan. Kelakar. Walaubagaimanapun pihak luar namapak bahawasanya student UiTM begitu hebat menghasilkan produk ini. Ada memuji, mencaci, tak suka dan sebagainya. Biasalah adat pembikinan filem pendek, belum lagi filem panggung 35mm. WALAU BAGAIMANAPUN TAHNIAH KEPADA KREW, PELAKON, PRODUCER MARINAMIRANA dan beberapa org lain berjaya melaksanakan filem pendek Kopitiam Kurang Manis.

Oleh itu, pihak admin Kopitiam Kurang Manis ingin berkongsi bersama anda tentang fenomena industri perfileman kita sekarang. Sila clik : http://nextmoviescinemas.blogspot.com/2009/06/re-malaysian-cinema-syurga-cinta.html

Salam.

Admin.

Tuesday, April 21, 2009

IKLAN



Disini, saya ingin berhenti seketika untuk berkarya kerana waktu saya bersama rakan krew produksi terlalu sibuk dalam menjalani rutin kehidupan seharian. Oleh itu jangan risau, saya akan kembali berkarya dalam KOPITIAM PRODUCTION. Sekian, terima kasih.

yang benar,

azri abu hassan

Wednesday, April 8, 2009

mesti tengok - LASKAR PELANGI


Filem yang diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata ini dipenuhi kisah tentang kalangan masyarakat pedalaman yang berkisarkan tentang perjuangan hidup yang mementingkan pendidikan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

arahan, RIRI RiZA


"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" -Laskar Pelangi

Monday, April 6, 2009

RAHMAN

Najib telahpun dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN.

R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H : Hussein (Tun Hussein Onn)
M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)
A : Abdullah ( ramai yg pernah ramalkan A utk Anwar Ibrahim)
N : Najib

Kita telah pun mendapat seorang Perdana Menteri yang baru, PM yang ke-6. Suka atau tidak, rakyat Malaysia ada hak untuk menyatakan pendapat.

Melihat dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM di Malaysia.
Teori ini diperkenalkan dari sekumpulan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di era Datuk Harun Idris pada tahun 1973. Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.

Persoalannya, Siapa selepas Najib? Mungkinkah benar teori Najib PM terakhir kerajaan BN?

adakah Teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya...?

Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.

Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.

Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abjad di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.

Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.

Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang?

Mungkinkah muncul teori HAMKA?
H=Hishamuddin
A=Ahmad Zahid Hamidi
M=Mukhriz
K=Khairy
A=

*Hanyalah ramalan, syirik kalau percaya.
Kepada Allah kita berserah untuk kesejahteraan negara Malaysia.


Thursday, March 12, 2009

teaser "3 BUDAK MELAYU"



more info about this film, www.cerita3budakmelayu.blogspot.com

Saturday, February 28, 2009

screening / Q&A with MANSOR PUTEH


p/s : The director Mansor Puteh will be in attendance for Q&A